

bila diimbas kembali, sewaktu mendapat surat penghargaan dari PPD yang memaklumkan UBK SMK Subang tercalon antara 5 buah sekolah untuk anugerah itu... rasa macam tak percaya.. lagi tak percaya bila kena hantar dokumentasi dalam tempoh 3minggu.. bincang punya bincang, kata sepakat dah dapat.. yes!!! we go for it!! jadi, untuk mendapatkan anugerah, usaha perlu dibuat... bermulalah pembahagian tugas dan pengumpulan maklumat & laporan...
syukur alhamdulillah, cikgu2 relief faham dengan urusan kami.. kami rehat dari merelief guru-guru sepanjang tempoh 2 minggu terakhir sebelum hantar dokumentasi tu.. agenda berkurung dlm bilik Al-Ghazali pun bermula.. kekuatan datang serta merta memandangkan semua pentadbir memberikan sokongan, apalagi dengan tujuan mengharumkan nama sekolah.
kami kongsikan di sini hasil kerja yang kami hantar ke PPD PP yang melayakkan kami mendapat anugerah itu...
kini, kami dalam proses mendapatkan semula original copy ni dr puan Penolong PPD (Kaunseling HEM), namun katanya ada sekolah yang pinjam.. wah, ada yang pinjam.. maknanya kami dah berkongsi perkara yang baik kepada sekolah lain yang memerlukan... Alhamdulillah..
semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan untuk masa akan datang dan sentiasa menjadi suntikan semangat buat kami berlima untuk terus berkhidmat di SMK Subang.
kami mengharapkan kerjasama dari semua warga SMKS untuk menjadi yang terbaik di Petaling Perdana. Insya Allah..
*optimis untuk menjadi bitara*
sekian,
admin
terbaiklah gbk smks :)
ReplyDeleteterima kasih iman... doakan kami terus menjadi yang terbaik
Delete